Thursday, November 9, 2017

SURAH AL-FAJR

(SURAH AL-FAJR : AYAT 89:27)

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!"

ASBABUN NUZUL

Surah ini turun berbicara tentang ancaman kepada kaum musyrik Makkah, jangan sampai mengalami siksa yang telah dialami oleh penderhaka yang jauh lebih perkasa dari mereka, sekaligus berita gembira serta pengukuhan hati Nabi Muhammad SAW dan kaum muslimin yang pada saat turunnya surah ini masih tertindas oleh kaum musyrikin Makkah.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan Saiyidina Hamzah yang gugur sebagai syahid. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim dari Buraidah)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Nabi SAW bersabda : "Siapakah yang akan membeli sumur Rumat untuk menghilangkan dahaga? Mudah-mudahan Allah mengampuni dosanya. Kemudian sumur itu dibeli oleh Saiyidina Uthman : " Apakah engkau rela sumur itu dijadikan sumber air minuman bagi semua orang?" Uthman menyetujuinya.

Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah Al-Fajr : 89:27) berkenaan dengan Uthman.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Juwaibir dari Ad Dlahhak dari Ibnu Abbas)

No comments:

Post a Comment

SURAH AL-FAJR

(SURAH AL-FAJR : AYAT 89:27) "(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa ora...